Powered by Blogger.
RSS

Minggu 6:Komposisi Imej

Assalamualaikum n Bismillah..

Hai Youollss...

Hari ini punya cerita..pagi-pagi lagi dah tercegat kat fakulti pendidikan..Nak belajar tentang kamera dengan En. Fuad..hihi..

sempat bergambar depan makmal fotografi...mana En. Fuad ni???hihi..

Fokus2..hihi

Seriusnya diorang amik gambar...:)

Banyak benda baru yang saya belajar hari ini daripada En. Fuad. En Fuad terangkan satu persatu fungsi button yang ada kat kamera dan macammana nak setting. En. Fuad juga ajar kami tentang pemilihan shutter speed, aperture dan isolation yang sesuai. Tapi apa yang penting sekali dalam fotografi ini, seseorang tu haruslah berani mencuba.. Kena banyak praktik.. Banyak amik gambar..We learn from our mistakes...hihi..


Sebelah petang pula, seperti biasa, kelas bermula pada pukul 4.30 ptg..Hari ini saya belajar tentang satu tajuk yang sangat menarik iaitu komposisi imej. Secara ringkasnya, komposisi bermaksud teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Penggunaan komposisi yang betul akan memberi kesan yang menarik kepada sesuatu gambar..Antara elemen yang terdapat dalam komposisi adalah seperti di bawah:

Imej Komposisi

10 Rules of Composition


Selain daripada itu, kami juga telah mempelajari tentang "creating mood". Ia sangat penting bagi memberi rasa keseluruhan terhadap sesuatu gambar. Foto yang terbaik perlulah pandai menggunakan beuntuk, garis, pola, tekstur serta ruang dan saiz.

Akhir sekali, kami juga memperolehi pengetahuan yang baru tentang teknik shooting. Antara teknik shooting yang dipelajari pada hari ini ialah:

sudut bawah

Sudut normal

Sudut atas


Teknik-teknik lain:
"panning'- objek bergerak menjadi statik tapi latar belakang masih bergerak
"silhoute"-latar belakang lebih cerah daripada subjek dan subjek menjadi gelap
zoom in dan zoom out-guna bulb setting atau slow shutter speed dan zoom lens
sistem pengcahayaan kreatif- menggunakan flash
pantulan-membuat pantulan pada objek

Sekian, kelas bersurai..:)



p/s: kite curi gambar kahwin kakak kite..:)








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment