Powered by Blogger.
RSS

Minggu 6:Komposisi Imej

Assalamualaikum n Bismillah..

Hai Youollss...

Hari ini punya cerita..pagi-pagi lagi dah tercegat kat fakulti pendidikan..Nak belajar tentang kamera dengan En. Fuad..hihi..

sempat bergambar depan makmal fotografi...mana En. Fuad ni???hihi..

Fokus2..hihi

Seriusnya diorang amik gambar...:)

Banyak benda baru yang saya belajar hari ini daripada En. Fuad. En Fuad terangkan satu persatu fungsi button yang ada kat kamera dan macammana nak setting. En. Fuad juga ajar kami tentang pemilihan shutter speed, aperture dan isolation yang sesuai. Tapi apa yang penting sekali dalam fotografi ini, seseorang tu haruslah berani mencuba.. Kena banyak praktik.. Banyak amik gambar..We learn from our mistakes...hihi..


Sebelah petang pula, seperti biasa, kelas bermula pada pukul 4.30 ptg..Hari ini saya belajar tentang satu tajuk yang sangat menarik iaitu komposisi imej. Secara ringkasnya, komposisi bermaksud teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Penggunaan komposisi yang betul akan memberi kesan yang menarik kepada sesuatu gambar..Antara elemen yang terdapat dalam komposisi adalah seperti di bawah:

Imej Komposisi

10 Rules of Composition


Selain daripada itu, kami juga telah mempelajari tentang "creating mood". Ia sangat penting bagi memberi rasa keseluruhan terhadap sesuatu gambar. Foto yang terbaik perlulah pandai menggunakan beuntuk, garis, pola, tekstur serta ruang dan saiz.

Akhir sekali, kami juga memperolehi pengetahuan yang baru tentang teknik shooting. Antara teknik shooting yang dipelajari pada hari ini ialah:

sudut bawah

Sudut normal

Sudut atas


Teknik-teknik lain:
"panning'- objek bergerak menjadi statik tapi latar belakang masih bergerak
"silhoute"-latar belakang lebih cerah daripada subjek dan subjek menjadi gelap
zoom in dan zoom out-guna bulb setting atau slow shutter speed dan zoom lens
sistem pengcahayaan kreatif- menggunakan flash
pantulan-membuat pantulan pada objek

Sekian, kelas bersurai..:)



p/s: kite curi gambar kahwin kakak kite..:)








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 5: Digital Photography & Lightning


Assalamualaikum..

Bismillah..

Tengok gambar kat atas tu, macam cantik, macam comel je kan?Kita pun boleh ape amik gambar secantik dan secomel tu asalkan kita tahu dia punya teknik dan asas-asas penting tentang digital fotografi. So, hari ni kumpulan kami membentangkan tajuk tentang asas-asas digital fotografi, edit gambar guna kamera dan juga tentang  alat penyimpanan. 

Antara perkongsian kami dalam kelas hari ini ialah:


Terdapat tiga jenis editing yang boleh kita lakukan terus menggunakan kamera iaitu:
  • Adjusting the brightness
  • Trimming image
  • Correcting image
Gambar-gambar yang kita sudah amik dan edit juga boleh disimpan di dalam memori kad. Terdapat pelbagai jenis memori kad seperti yang dinyatakan di bawah. Setiap memori kad ini mempunyai fungsi yang berbeza. 




Selain daripada itu juga, kami  juga belajar tentang pengcahayaan. Pengcahayaan ini sangat penting bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan cantik. Tanpa pengcahayaan yang betul, gambar akan nampak suram, terlampau gelap, terlampau cerah dan tidak menarik. Terdapat dua jenis sumber pengcahayaan iaitu pengcahayaan semulajadi seperti cahaya matahari, cahaya bulan atau cahaya kilat  dan pengcahayaan bukan semulajadi seperti cahaya flash, dan cahaya dalam studio. 

Gaya pengcahayaan pula terbahagi kepada dua iaitu high-key dan low key. Jenis cahaya pula adalah hard light (contoh cahaya matahari) dan soft light (contoh bouncing the light). Negative fill akan digunakan utuk mengurangkan cahaya yang berlebihan. Pengcahayaan portrait pula terbahagi kepada tiga iaitu edge lighting, rembrandt lighting, dan butterfly lighting. 

Apa yang penting sekali dalam pengcahayaan ialah kita perlu tahu basic tentang aperture, shutter speed dan ISO. Jenis pengcahayaan seperti cahaya depan, cahaya sisi dan cahaya belakang juga memainkan peranan yang penting. Antara alat yang digunakan adalah seperti di bawah:

             




      Kumpulan ini juga turut berkongsi pengetahuan tentang cahaya buatan seperti di bawah: 




     Sebelum kelas bersurai, Dr. Shah bagi kami tugasan tentang "Bulb Mode". Setting yang disarankan ialah aperture F4-F8, ISO 100, Speed-bulb. 


Sekian, kelas bersurai...

p/s:lepas ni kena rajin-rajin cuba amik gambar sendiri dan aplikasikan apa yang dah belajar dalam kelas. Kata nak jadi photographer professional kan???hihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 4: Studio Fotografi


Assalamualaikum..

Minggu ni saya tak dapat hadirkan diri ke kelas Visual Technology. Walaupun rasa sedih, tapi saya bersyukur kerana dikurniakan rakan sekelas yang baik hati kesemuanya. Tak kedekut ilmu.So, kat sini bolehla saya kongsikan serba sedikit apa yang saya faham daripada apa yang dikongsikan oleh mereka kepada saya. 

Kelas pada hari ini telah dijalankan di Studio fotografi dan dikendalikan oleh En. Fuad. Kelas dimulakan oleh En. Fuad dengan penerangan serba sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan studio fotografi dan apa alat yang perlu ada di dalam studio fotografi. Antara alat yang perlu ada adalah seperti berikut:


  • Flash (usually external flash or speedlight)
Kebanyakan ahli fotografi lebih suka menggunakan external flash kerana pengcahayaannya boleh diubah mengikut situasi. Flash amat penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dan cantik. Setting yang paling sesuai untuk digunakan ialah ISO-400, F 5.6 Aperture, dan Speed 1/125 with flash.



Jom belajar daripada Youtube...

Triggers akan digunakan jika flash terminal di kamera tidak dapat menyokong external flash
sumber:google
  • Studio Stand

  • Soft Box Flash

soft box flash
sumber:google

  • Backdrop

Backdrop yang cantik!!!


Sekian..

p/s: jeles tengok kawan-kawan amik gambar dalam studio fotografi...mengaplikasikan ilmu yang ada..menyesal beli tiket bas balik kampung awal2..Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..Maaf Zahir & Batin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS