Powered by Blogger.
RSS

Minggu 3: Visual Teknologi dan Fotografi

Bismillah dan Assalamualaikum...



Banyak input yang kami dapat pada kelas hari ini... Alhamdulillah..so, dapatla saya kongsikan di sini..


Pengenalan kepada teknologi visual



Seiring dengan teknologi yang semakin maju sekarang ni, bidang visual juga turut berkembang dengan majunya. Visual yang terhasil kini semakin menarik dengan adanya teknologi sekarang. Literasi visual ialah keupayaan untuk mentafsir, menggunakan, menghargai dan mencipta imej dan video menggunakan konvensional dan media abad 21 dalam langkah untuk meningkatkan kemahiran kritikal, membuat keputusan, komunikasi dan pembelajaran. Teknologi visual dikatakan sangat penting sebagai satu motivasi dan membolehkan guru menyampaikan pengajaran yang unik kepada pelajar. Selain daripada itu, ia juga boleh menyokong pendekatan pengajaran yang baru seterusnya mampu meningkatkan produktiviti seseorang guru itu. Tambahan lagi, kita memerlukan pelbagai  kemahiran supaya tidak ketinggalan  di zaman teknologi yang canggih ini. 



Teknologi visual dalam bidang pendidikan
Teknologi di dalam bidang pendidikan sangat penting untuk mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Selain daripada itu, ia juga boleh memperkembangkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi dan penyelesaian masalah dan juga meningkatkan motivasi dan tingkahlaku pelajar di dalam pembelajaran. 



Visual Sign Systems are everywhere....



In Advertising...

In Architecture...


In Art...


In Interior Design...


In Logo...


In Photography...


In Public Monuments...

Fotografi dan Aplikasinya



Fotograsi berasal daripada perkataan foto yang membawa maksud sesuatu yang boleh dilihat melalui pantulan cahaya. Fotografi pula boleh didefinisikan sebagai rakaman sebenar maklumat tentang visual. Fotografi boleh merakam imej yang tidak boleh dilihat tanpa bantuan mata. Antara kelebihan fotografi ialah :
  • dapat merakam imej yang kaku
  • memberikan maklumat tentang visual tersebut
  • jenis media yang boleh menunjukkan perkara sebenar
  • boleh cipta "mood" 

Kamera: Jenis dan Ciri-cirinya



Terdapat pelbagai jenis kamera seperti:



Jenis Kamera
 View camera, Rangefinder camera
-shutter speed 1/125 and aperture f/16 lens tidak boleh di ubah dan di kawal.
-mempunyai zoom lens tapi tidak boleh di ubah
-automatik
-menggunakan filem 135
-imej pada lens tidak sama dengan objek yang asal


Compact/pocket camera
-juga dikategorikan sebagai instant camera
-mudah digunakan
-dibina dalam flash-minimum range filem no. 110(negative size:13x17mm) in cartridge form.

Single Lens Reflex camera(SLR)
-menggunakan filem 35 mm
-melihat subjek dan fokus melalui kanta yang sama
-fleksibel dan boleh digunakan dalam apa jua situasi
-kanta boleh diubah dan dikawal.


Twin lens reflex(TLR) 
-mempunyai dua lens, satu digunakan untuk fokus dan satu lagi digunakan untuk amik gambar
-shutter and aperture boleh dikawal.
-menggunakan saiz filem yang besar iaitu 120.
-sesuai untuk mengambil gambar portrait(6x6 cm) dan juga kumpulan.
-tidak sesuai untuk mengambil gambar yang bergerak.

SLR digital camera
-filem no. 120 atau 220(bentuk gulung). saiz negative ialah 6x4.5 cm, 6x6 cm, 6x7cm
-filem boleh berubah tanpa kerosakan pada imej (cahaya tidak melalui filem)
-menghasilkan professional portrait dan biasa digunakan dalam studio fotografi
-memerlukan tripod untuk mengelakkan getaran

Digital camera 
-berdasarkan pada teknologi digital
-harga bergantung kepada camera resolution (dpi)/MP
-tiada filem, gambar di ambil dalam format digital melalui charge couple device(CCD) yang boleh mengubah tenaga cahaya kepada bentuk digital
-menggunakan flash card, compact card, floppy disk dan internal memory untuk menyimpan imej.
-boleh dilihat secara langsung melalui komputer atau LCD dan projector.
-untuk print, memerlukan high quality printer dan special paper.



SLR camera: Specialization and handling

Antara SLR komponen adalah lens, aperture, shutter speed, exposure, ISO/ASA, film and flash. 


Apa yang paling penting sekali yang kita perlu tahu dalam penggunaan kamera ialah: 



Lenses and Aperture

-berfungsi untuk mengawal berapa banyak cahaya yang masuk dalam filem dengan menggunakan skala meter.
-skala meter: f-1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/8, f/11, f/16, f/22 seperti di bawah:







contoh aperture yang berbeza
sumber:google


Shutter speed and Exposure

-shutter adalah alat mekanikal yang digunakan untuk mengawal berapa lama cahaya akan memasuki filem
-masa expose berdasarkan kepada speed meter: b, 1,2,3,4,8,15,30,60,125,250,500,1000






contoh shutter speed yang berbeza
sumber:google



Film/CCD: ISO and funtion








contoh ISO yang berbeza
sumber:google



Konklusinya, dalam menghasilkan sesuatu gambar yang menarik, kita perlulah pandai menyeimbangkan ketiga-tiga perkara di atas dengan sesuai. 







Sekian, kelas bersurai...


p/s: presentation group kami terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu(jangan fikir negatif!!!)..hihi..minggu depan jumpa lecturer baru, Dr. Jamaluddin..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 2:Pengenalan kepada Kamera


                                                       

Tak kenal maka tak cinta...

Hari ini, kami telah didedahkan tentang K.A.M.E.R.A...orang cakap, tak kenal maka tak cinta..En. Fuad, seorang staff Fakulti Pendidikan yang sangat berpengalaman tentang kamera..Pada kelas hari ini, beliau menerangkan dan berkongsi banyak tips tentang kamera..



En. Fuad memulakan bicaranya tentang kamera..
credit to: bro amir jusoh



banyaknye kamera..dari zaman dulu punya model sampaila yang terkini...dari harga RM2000 sampailah harga hampir mencecah RM100000..perrgghh...
credit to: sis syuhailen



  • Sejarah Kamera

Nikon Single Lens Reflex Camera, SLR F, 1959



Nikon Single Lens Reflex Camera, SLR F2, 1971




Kamera Compact dengan Autofokus Pertama, L35AF, 1983



Nikonos RS, Kamera Bawah Laut yang Pertama, 1992




Kamera Digital Nikon COOLPIX 100, 1997




Kamera Digital SLR Professional Nikon D1, 1999



Nikon D2X Digital SLR Camera, 2005

sumber:
http://wijayamulia.blogspot.com/2011/09/sejarah-camera-nikon.html


*setiap jenis kamera mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri

info berguna tentang sejarah kamera:

   http://www.froyoplus.com/sejarah-penciptaan-kamera-pertama-di-dunia-oleh-ibnu-haitam/
 http://www.fototeacher.com/blog/artikel-kreativiti/sejarah-ringkas-fotografi/ 

  • Apa yang penting??

1) Aperture 

Aperture ialah satu lubang atau pembukaan melalui cahaya yang masuk. Spesifiknya, aperture untuk sistem optik ialah pembukaan yang menentukan sudut kon daripada seberkas sinar yang datang untuk memberi tumpuan dalam satah imej. Aperture juga menentukan bagaimana sinar masuk dan ia memberi kesan kepada imej. Jika aperture tajam, sinar yang memasuki adalah tinggi dan menghasilkan fokus yang tajam kepada imej. Jika aperture luas, tiada sinar yang masuk dan menghasilkan fokus yang tajam hanya pada focal length yang tertentu. Ini bermakna ia memberi imej yang tajam hanya pada imej yang difokuskan sementara yang selebihnya akan kabur. Aperture juga menentukan berapa banyak cahaya masuk dan bagaimana ia tiba di satah imej (the narrower the aperture, the darker the image for a given exposure time). 

Skala Aperture


2)Shutter Speed








3)ISO

Dalam Fotografi Digital, ISO digunakan untuk mengukur sensitiviti sensor imej. Prinsip yang sama digunakan seperti dalam filem fotografi - the lower the number the less sensitive your camera is to light and the finer the grain. 








ISO yang sesuai digunakan bergantung kepada keadaan




Kelas bersurai, sekian...

p/s: akhirnya..jatuh cinta dengan dunia fotografi...love...love..:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 1: Suai Kenal dan Pengenalan Kursus MPT1483



Syukur pada hadratMu Ya Allah..


Nak cerita sikit macamana kami pelajar math ni boleh amik kursus ni..pukul 2 ptg, 11/9/14, kami ada taklimat tentang kursus "research study 1" di bilik seminar, fakulti pendidikan..Then, after Dr. Azlina bagi talk serba sedikit ttg research tu, kami dibahagikan mengikut kos masing2..masa tu kami pelajar2 math diambil alih oleh ketua program kami iaitu, Prof. Dr Zaleha bt Ismail.. Dr.  Zaleha menerangkan serba sedikit tentang masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam menyiapkan research study hinggakan ada pelajar yang tak boleh grad on time semata-mata sebab researchnya xcomplete.. so, masa tu kami tnya Dr. boleh tak kalau kami pelajar math amik subjek elektif bawah program lain..contohnya bawah teknologi pendidikan.. Dr. ckap boleh..so, kami cepat2 check schedule dan kebetulan (syukur Ya Allah), ptg tu ad kelas "visual technology production"...so, masa tu jugak, kami bertiga (saya, zatul n dina), decide untuk masuk class ni..


#throwback (dialog di dalam bahasa kelantan bagi mengekalkan keasliannya..hihi)

****************

Nik: ptg ni ado kelas visual technology production, jom msuk class tu, nok?mcm best jh..mcm xstress jh..

Izzatul:jom..sapo ngajar tu nik?

Nik:Dr. Shaharudin bin Md. Salleh..ok jah kot..kito try msuk dlu ptg ni, klu x ok, kito xyh truskan..kito pilih elektif lain..

Dina: ok la..nanti sem depan kita blh amik research study 2 je..in case kalau dapat posting bulan 1 ni, senang..

Izzatul:ok jah..kiro kito msuk kelas slalu la lepas ni kei?

Nik:ho..masuk slaluh..:)

***************************************

So, thats why, kami masuk class ni..huhu..bila first time masuk class ni, msing2 takut..takut tak boleh nk go on, sbb ni bukan bidang kami..tapi bila Dr. masuk, kami semua lega..ya, Dr. Shaharudin seorang yang sangat baik dan paling penting, sangat sempoi.. muka je nampak garang..hihi..

Dr. Shaharudin bin Md Salleh
sumber: google

Kelas hari ini dimulakan dengan "ice-breaking"..weeiii, class kami ada foreigner, namanya Yahya, orang Nigeria(sorryla, tak sempat nak snap gambar dia)..so, terpaksala kami speaking lepas ni..huhu..
Lepas dh kenal semua, Dr. Shah teruskan dengan penerangan ringkas tentang kursus ini..waaa...bnyak jugak assignmentnya.. kursus ni ada final exam..huhu..pembahagian markah adalah seperti berikut:

grading..

Untuk kelas ni, kami perlu adakan satu trip untuk "Photo Shooting".. kami satu kelas telah bersepakat untuk memilih Bandar Melaka dan dicadangkan pada tarikh 31/10/2014..

Selepas selesai sesi perbincangan, Dr. Shah menerangkan serba-sedikit tentang kamera DSLR.. Sesiapa yang tidak berkemampuan untuk membelinya, boleh membuat pinjaman sementara dengan En. Fuad (nasib baik..hehe)...

Kelas bersurai, sekian..:)

p/s: semoga Allah permudahkan segala urusanku dan kawan-kawan sekelasku di dalam subjek ini...In shaa ALLAH semua dapat A..amiin..hihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam perkenalan :)

Bismillahirahmanirrahim.. :)

Assalamualaikum..


selfie ala2 gambar pasport gitu..hihi..

serba-sedikit ttg dri sy..

NAMA PENUH:
 NIK JAMILAH BT NIK MOHAMAD NASHIRUDDIN

NAMA PANGGILAN:
NIK @ JAMILAH

TARIKH LAHIR:
1 NOVEMBER 1990

ASAL:
 KELANTAN DARUL NAIM

E-MEL:
juita_nik@yahoo.com
nikjamilah11190@gmail.com

FACEBOOK:
https://www.facebook.com/nik.jamilah.3



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:

2014 - NOW: FULL TIME STUDENT AT UTM SKUDAI, JOHOR
(SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK)

2009-2013: FULL TIME STUDENT AT UiTM SHAH ALAM, SELANGOR
(IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN  SAINS (MATEMATIK) )

2008-2009 : KOLEJ MATRIKULASI GAMBANG, PAHANG
(SAINS HAYAT)


 sy sngat tidak berpengalaman di dalam bidang teknologi..buta IT..huhu..dengan mngambil kursus ini, diharap dapat menambah pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang teknologi pendidikan.. terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu di dalam proses menyiapkan blog ini.. 


dina.nik.atul (2009-forever)


sekian, terima kasih...

p/s: xsabar nk blajar subjek ni..mcm seronok..mcm best je..hihi..:)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS